Thursday, October 22, 2015

Like A Red Rose Bab 3






    Mata yang terasa sembab serta badan yang terasa longlai membuatkan dia bangun dari lenanya. Mata memandang siling di atas. Kenapa macam lain ye? Ok. Ni bukan rumah dia. Pandangan dialihkan ke kanan pula, dan dia lihat seorang lelaki sedang lena di bawah lengannya. Otak mula memproses apa yang telah berlaku semalam. Perlahan-lahan selimut diangkat sedikit. Dan dia rasa macam mahu meraung sekarang.

          "Arghhhhh!!!" Wafia Wahida menjerit sekuat hati. Tangannya naik menutup muka sambil menangis terhincut-hincut. Zahrin Zihni yang lena di sebelah sana terbangun. Dia juga turut terperanjat. Ya Tuhan, apa yang telah berlaku semalam?

          "Hey, girl! Who are you? Where's Maria? What's happening here?" Tangan naik memicit-micit kepala yang terasa sangat berat. Wafia Wahida yang mendengar soalan itu semakin kuat tangisnya.

          "Kau... Kau... Ni semua salah kau. Laki tak guna!" Bantal di sisi digunakan untuk memukul-mukul lelaki di sebelahnya.

          "Hey, apa ni?" Cepat-cepat kedua-dua tangan gadis itu ditangkap. Dah lah tengah pening, lagi orang nak serabutkan dia.

          "Kau rogol aku! Kau rogol aku!" Wafia Wahida bagaikan histeria.

          "What?" Zahrin Zihni sudah kebingungan. Dia diam sebentar untuk mengingati peristiwa semalam. Sungguh, dia bingung.

          "Look. This is neither my fault nor your fault. Cause I pun tak tahu apa-apa dan macam mana ia boleh terjadi." Tubuh gadis di sebelahnya diprhatikan. Dia pasti dia sudah lakukan sesuatu dengan gadis itu.

          "Kau tak tahu apa-apa? Kau cakap kau tak tahu apa-apa? Hey, it was you who brought me into this room. Kau yang paksa aku masuk bilik ni. Kau yang rogol aku. Kau perogol!" Kali ini, dada itu ditumbuk kuat.

          "Lier. Aku... Aku dukung Maria bawa masuk dalam bilik ni. Bukan kau!"

          "No, you thought it was Maria and you keep calling her, but it was me... It really was me... Aku mangsanya..." Wafia Wahida duduk memeluk lutut selepas puas dada itu dikenakan. Zahrin Zihni pula terkedu. Betul ke apa yang gadis itu katakan? Ahhh... Salah dia. Memang salah dia! Semalam, dia minum terlalu banyak. Mungkin Maria dengan baik hati membawa dia ke hotel ini. Apabila sampai ke sini, mungkin dia telah bertindak agresif dan Maria meninggalkan dia keseorangan di sini. Dan ketika mahu mencari Maria, dia tersalah orang pula. Wajah di hadapannya ditelek seketika. Macam pernah nampak, tapi otak dia memang tak boleh berfungsi dengan baik sekarang ni.

          "Ok. I'm sorry for all this nonsense things. Now, kita selesaikan secara baik. You go on with your own way and I'll go on with my own way. If... If there's anything wrong with you, I mean... If you get pregnant, do call me. Hah, I'll give my card to you later." Zahrin Zihni beri kata putus. Sungguh, dia tak tahu nak buat apa sekarang. Kesian gadis itu.

          "It's simple as that?" Pandai betul lelaki itu buat perancangan. Habis dia ni, macam mana? Dia sudah bukan gadis suci lagi...

          "Then, what do you want? Me marrying you? Is that what you really want?" Suara sudah naik sedikit. Minah ni, tolonglah faham. Dah lah dia rasa mual sebab minum banyak sangat. Wafia Wahida pula terkedu. Itu ke yang dia mahu? Belum sempat soalan itu dijawab, loceng bilik hotel berbunyi. Mereka berpandangan.

          "I'll go. Pandang sana kejap. Nak pakai seluar." Arahnya lalu mencapai seluar yang terdampar di tepi katil setelah gadis itu berpaling ke sisi. Kemudian, langkah dituju ke arah pintu dan pintu dibuka.

          "Assalamualaikum. Kami dari Jabatan Agama Islam terima aduan ada sumbang mahram sedang berlaku di bilik ini. Boleh beri kami masuk untuk periksa?" Dan dia rasa mahu pitam sekarang.



          Semua yang berada di situ bagaikan kehilangan suara. Sunyi. Tiba-tiba Encik Zahid mengeluh sebelum bersuara.

          "Wafia, apa yang kamu dah buat?" Encik Zahid picit kepala. Darah tinggi dia rasa sudah mahu naik balik. Mana taknya, hampir dia jatuh pengsan apabila menerima panggilan daripada Jabatan Agama Islam Selangor. Ya Allah, dugaan jenis apakah yang kau telah berikan ini?

          "Umi, Abah, Fia tak salah dalam hal ni. Jantan tak guna tu yang perangkap Fia. Betul!" Mata menjeling tajam ke arah lelaki di hujung sana. Air mata pula tak habis-habis menitis. Malunya dia... Kena tangkap khalwat begini walaupun ini bukan salahnya. Dan sekarang, dia baru tahu sesuatu. Jantan tak guna itu ialah anak kepada majikan umi dan abahnya.

          "Rin, betul ke apa yang anak pak cik cakap?" Tanyanya dengan suara yang perlahan tapi amat tegas. Malu. Memang malu. Anak daranya ditangkap begini. Huh... Entah anak dara entah tidak dah sekarang. Lebih-lebih lagi, lelaki itu ialah anak majikannya sendiri. Kalau majikannya tahu ni, silap-silap dia dipecat sebagai pemandu keluarga itu. Nasib Datuk Sri Marid dan Datin Sri Melinda sedang bercuti di Europe. Esok baru pulang ke tanah air. Tapi dia yakin lambat laun mereka akan tahu juga tentang hal ini.

          "No, of course not. Saya rasa anak pak cik yang nak perangkap saya. Maklumlah, keluarga kami ada harta." Sinis Zahrin Zihni menjawab. Mungkin, mula-mula dia rasa silap dia, tapi boleh jadi gadis itu yang mahu perangkap dia. Tak kan lah tiba-tiba boleh ada depan pintu bilik hotel dia.

          "Hey, kau jangan nak fitnah akulah. Tadi, kau sendiri mengaku itu salah kau, kan?" Ya Allah, betul-betul dia rasa macam tak nak hidup sekarang. Ini bukan salah dia. Sungguh.

          "Kau ada bukti ke tu salah aku, huh?" Kening diangkat, dia tarik senyum sinis. Sekarang, baru dia ingat, gadis ini ialah saleswoman yang tolong dia pilihkan kasut untuk Maria tempoh hari. Huh... Patutlah nak goda dia.

          Wafia Wahida sudah naik berang dan tidak boleh bersabar lagi. Laju sahaja tangan dia menampar pipi lelaki itu dan tubuh itu ditolak kuat sehingga tumbang. Tidak cukup dengan itu, tangannya naik memukul tubuh lelaki itu bertalu-talu.

          "Auchh! Hey, what's wrong with you?" Badan yang terasa sengal digosok sambil tangannya naik melindung muka agar tidak 'dibelasah' sekali oleh lelaki itu.

          "Cukup, abah kata cukup!" Lengan anaknya ditarik sehingga anak tunggalnya itu berdiri kembali.

          "Abah, macam mana Fia nak sabar kalau dia tak habis-habis tuduh Fia? Semiskin miskin kita, Fia tak pernah sekali pun nak cari duit haram untuk sara keluarga kita ni, bah." Nafasnya sudah turun naik. Tangan yang pedih akibat membelasah lelaki itu dikepal. Sekarang, dia betul-betul rasa macam nak bunuh lelaki itu. Dah lah perogol, sekarng mahu jadi pemfitnah pula. Dia yang menanggung semua ini sangat rasa terbeban.

          "Sudah Fia, sudah! Untuk jaga aib keluarga, umi nak kamu kahwin dengan Zahrin. Muktamad." Puan Zarina yang hanya memerhati sedari tadi menyampuk. Dari segi pandangannya, dia tahu anaknya tidak bersalah. Wafia Wahida sudah dia didik serba sedikit untuk menjaga segala yang perlu dijaga. Mustahil anaknya melakukan perkara yang mengaibkan diri sendiri. Insiden ini berlaku mungkin kerana salah faham.

          "Aunt, saya tak ..." Zahrin Zihni cuba membela diri tetapi disampuk oleh Puan Zarina sekali lagi.

          "Sudah mak cik kata, Zahrin, sudah. Perkara ni kita bincangkan kembali bila Datuk Sri dan Datin Sri balik esok." Perlahan saja suaranya bertutur. Kalau boleh, dia betul-betul tak nak tinggikan suara dengan anak majikannya itu. Susah mereka sekeluarga kalau dia hilang sumber pendapatan.

          "Fine. By the way, duit denda biar I yang tanggung dan selesaikan dengan pihak Jabatan Agama Islam. No worries." Dan dia terus beredar ke tingkat atas biliknya.

          "Fia, Za, kita balik rumah dulu. Esok kita datang sini balik untuk jumpa Datuk Sri dan Datin Sri." Tegas suaranya berkata lalu cepat sahaja dia keluar dari rumah Datuk Sri Marid itu.

          "Umi, Fia ..." Wafia Wahida cuba memujuk uminya lagi.

          "Umi tak nak dengar apa-apa. Kita balik rumah dulu." Lengannya yang dipegang oleh anaknya ditarik dan dia mengekori langkah suaminya di hadapan. Wafia Wahida terkedu. Sampai hati semua orang. Dia ni muka macam penipu sangat ke? Perlahan-lahan air mata menitis kembali.



          Sampai sahaja di rumah pada pukul 6.00 pagi, terus dia mandi wajib dan menunaikan solat Subuh. Selepas itu, dia kurungkan diri di dalam bilik sambil menangis hingga bengkak matanya yang bundar. Sekarang ini, dia sangat memerlukan seorang teman. Dia bernasib baik hari ini ialah hari Sabtu dan minggu depan dia bercuti selama seminggu. Mahu mengadu kepada Indah, dia yakin rakan karibnya itu sedang bersiap-siap untuk pergi bekerja. Maklumlah, shift hujung minggu. Otaknya memproses dan terbayanglah seorang temannya yang dikira agak rapat juga. Tangan menekan-nekan punat untuk mendail temannya itu.

          "Assalamualaikum, hello." Dengan suara yang serak-serak, dia memulakan percakapan sebaik sahaja panggilannya dijawab.

          "Waalaikumussalam. Pehal call aku pagi-pagi buta ni? Rindu aku ehh?" Adib bertanya lalu tergelak kecil. Tiba-tiba pujaan hati call pagi-pagi buta, mana dia tak happy. Fia ni pun satu, orang dah lama suka dia, tak sedar-sedar.

          "Dib, aku nak cerita something." Sekali lagi, suaranya sudah bertukar menjadi semakin suram.

          "Hey, asal suara macam nak nangis ni?" Adib di sebelah sana sudah mula risau.

          "Aku... Aku kena tangkap khalwat." Dia berterus-terang. Tidak sanggup lagi menyimpan duka di dalam hati seorang diri. Dan Adib terus gelak besar.

          "Kau ni macam-macam, kan? Hari tu call aku tengah malam, pastu prank aku cakap kau kena culik. Dah dah lah, weh. Penat dah aku nak melayan." Dada yang sakit kerana ketawa ditepuk perlahan.

          "Adib, kali ni betul-betullah. Aku serious. Aku kena fitnah dengan orang. Dib, apa pun yang berlaku, kau kena tolong aku." Bersungguh-sungguh dia berkata untuk menyakinkan si Adib. Ahh... Slaha dia juga. Suka prank kan si Adib ni.

          "Kau, kau serious ke?" Mukanya sudah berubah serius. Nafasnya tersekat-sekat apabila mendengar tangis kecil gadis itu. Betul ke pujaan hati dia kena tangkap khalwat?

          "Iyer..." Dan Wafia Wahida melalak lagi.

          "Ok. Macam ni, macam ni. Sekarang kau relaks dulu. Tak silap aku, kalau tangkap khalwat, kena denda atau penjara je. Pasal duit, aku boleh tolong kau. Yang kau melalak lebih-lebih tu kenapa?" Adib bertanya risau.

          "Masalahnya sekarang, umi dengan abah paksa aku nikah dengan mamat tu. Aku tak nak. Aku tak kenal mana pun dia tu."

          "Siapa lelaki tu?"

          "Anak bos umi dengan abah aku." Dia bersuara perlahan.

          "Kalau dah nama BOS umi dengan abah kau, mesti dia orang kaya, kan? Aku sure punyalah bapak dia akan bayar untuk tutup mulut semua orang. Kau janganlah risau melebih." Sebenarnya, dia yang sedang cuak terlebih sekarang. Sungguh, tidak sanggup dia memberi intan payungnya kepada orang lain.

          "Kau sure ke?" Tanyanya sambil air jernih yang berada di pipi dikesat.

          "Insyaallah, sure." Adib angguk- angguk kepala sendiri.

          "Kalau umi dengan abah suruh kahwin juga macam mana?" Tanyanya perlahan.

          "Ish, kau janganlah cakap macam tu. Kang betul-betul jadi, kang. Kerana mulut badan binasa." Tegahnya.

          "Aku tanya je..."

          "Kalau diaorang paksa kau kahwin juga, nanti, nanti... Nanti kita lari sama-sama. Kita lari kahwin." Dan keadaan sunyi sebentar. Wafia Wahida terdiam. Nak bawa dia lari? Lari kahwin? Biar betul?

          "Eh, tak. I mean, nanti aku bawa kau lari dari rumah kau tu. Tumpanglah rumah Indah ke apa ke." Dia berkata perlahan tatkala sedar mulut celuparnya dah terlepas kata.

          "Betul ke?"

          "Betul... Percayalah cakap aku." Adib menyakinkan si gadis sebelah sana.

          "Eh, Adib. Umi dah panggil aku tu. Aku letak call dulu. Apa-apa, kau be ready je tau." Katanya tatkala pintu bilik diketuk dari luar dan namanya sayup-sayup dipanggil oleh umi.

          "Yelah. Call aku kalau ada anything. Don't worry to much and take care of yourself. Assalamualikum."

          "Waalaikumussalam. Dib..... thank you." Talian dimatikan. Sekarang ini, dadanya sudah rasa lega sebab dah luahkan perasaannya pada manusia. Mengingatkan uminya, dia bingkas bangkit.

          "Kejap... Kejap..." Sekarang ni, dia cuba mahu berfikiran positif atas apa yang berlaku. Mungkin kebanyakan gadis akan trauma jika menghadapi situasi ini, tapi dia tidak. Dia tahu dia seorang yang kuat dan dia yakin ini semua dugaan daripada Tuhan. Oleh itu, dia akan cuba hidup seperti biasa dan cuba untuk mengatakan bahawa dia tidak bersalah.

No comments:

Post a Comment