Thursday, October 22, 2015

Like A Red Rose Bab 2





          Suara kuat dari dalam bilik membuatkan dia tidak tentu arah. Macam mana ni? Nak ketuk ke tak? Dalam ragu-ragu, dia ketuk perlahan pintu bilik itu. Sebenarnya, dia nak minta cuti seminggu. Yelah, dalam tahun ni dia tak pernah lagi mohon cuti. Jadi, biarlah sekali-sekala tu juga, kan? Dia dah terlebih workaholic dah. Nanti masa cuti ni, dia ingat nak tolong umi dekat rumah Datuk Sri Marid dan Datin Sri Melinda. Kesian umi, rumah banglo tiga tingkat tu umi sorang yang kemas. Umi cakap Datin Sri Melinda tu jenis cerewet. Kalau satu tu yang berkenan, dia akan melekat dengan satu tu je. Datin Sri Melinda ni dah melekat dengan cara umi kemas rumah banglo dia tu, sebab tu dia tak terima dah orang gaji lain. Jadi, dia kena ambil hati si Datin Sri Maria tu, kalau umi sakit ke, dah tak larat ke, bolehlah dia ambil alih jadi bibik kat rumah tu pula. Apa-apa pun, back to the story. Tujuan utama dia berdiri di sini nak minta cuti. Yang dia pelik sekarang ni, kenapa tiba-tiba senyap sunyi bilik depan dia ni? Tadi kemain bisingnya. Sekali lagi pintu diketuk.

          "Come in." Mendengar arahan itu, dia terus pulas tombol pintu. Perkara pertama yang dia perlu buat ialah senyum kambing.

          "Good morning, Ms. Amy." Kakinya mendekat ke arah Ms. Amy merangkap pengurusnya di AEON mall.

          "Morning. What brings you here?" Amy sising tangannya dengan wajah cemberut. Sekarang dia memang tiada mood untuk senyum sebab delivery boy yang patut hantar dokumen ke klien syarikat pada malam ini kemalangan. Dan sekarang dah nak habis working hour. Manalah dia nak cari penggantinya? Bila dia tanya mana delivery boy lagi, katanya yang satu lagi cuti. Dan delivery boy ada dua orang je. Satu accident, satu cuti. Memang bagus! Nak hantar sendiri, memang tak sempatlah sebab pukul 9.00 malam nanti dia harus terbang ke Singapura untuk menghadiri satu seminar pada esok paginya. Temu janji dengan klien pukul 9.30 malam. Macam sempat saja.

          "Saya sebenarnya nak minta cuti, madam. Nak tolong umi. Ada masalah sikit." Masalahlah sangat. Kalau diikutkan memang hari-hari dia ada masalah, masalah hidup!

          "Surat mana?" Tangan dihulurkan. Dan apabila surat bertukar tangan, surat itu dibaca sepintas lalu dan tandatangan diturunkan.

          "Naa... You can go now." Wafia Wahida blur seketika dan akhirnya bibir mula mengukir senyum. Alhamdulillah, last minute minta cuti pun dapat jugak.

          "Thank you, madam. Really thank you." Dia tunduk hormat dan mula ingin beredar. Mengingatkan sesuatu, dia mula menghentikan langkah. Nak tanya ke tak? Err... Tanya jelah.

          "Madam, sorry to say. Tadi saya dengar madam jerit-jerit. Madam ada masalah ke? Kalau boleh tolong, saya tolong." Dia sengih kelat.

          "Eh, nothing happened pun. Nevermind. You leave." Ms. Amy senyum kelat.

          "Eh, takpelah madam. Saya kan dah nak cuti seminggu ni, biarlah berjasa sikit kan sebelum balik ni kan?

          "Really? Sure nak tolong ni?" Mata Amy sudah sedikit bersinar.

          Dia angguk kepala.

          "Err... You free tak malam ni?"

          "Free, saya plan nak lipat baju jer." Mendengar jawapan itu, Ms. Amy tergelak kecil. Ada pulak...

          "Boleh tak malam ni you ke Hilton Hotel dan hantar dokumen klien kita?"

          "Ohh... Lebih daripada boleh." Wafia Wahida angkat ibu jari.

          "Really? I bukannya apa, flight I ke Singapore malam ni. Tak sempat. Nak suruh orang luar, takut tak dipercayai. Lagipun, dokumen ni tentang hal ehwal syarikat. Sulit."

          "Ok. No problah. You can count on me"

          "All right. Malam nanti jumpa Mr. Kim dekat cafe hotel tu ye. Dia tu dari Penang. I'll text his phone number later. Here the document."

          "Ok. Saya pergi dulu..."

          "Jaga elok-elok ye dokumen tu. Biar sampai ke tangan yang betul."

          "Beres, madam. Thanks for trusting me." Wafia Wahida senyum lebar. Tak sangka. Segarang-garang Ms. Amy, percaya juga dekat dia sebenarnya. Langkar diatur kembali dan dia keluar dari bilik itu dengan senang hatinya. Dah lah dapat cuti, kena puji pulak tu. Alhamdulillah. Hari ni hari yang baik.



          Tubuhnya terhuyung-hayang menyeimbangkan badan yang sudah tenggelam dek penangan arak dan beberapa jenis pil yang diberi oleh Maria. Otaknya juga sudah tidak mampu mentafsir apa-apa. Dan di sinilah dia di Hotel Hilton bersama Maria yang sedang menguruskan sebuah bilik hotel di kaunter. Apa function Maria bawa dia ke sini dan beri dia makan benda-benda apa tadi pun dia tak tahu. Tapi sekarang, yang dia pasti dia rasa sedikit pening.

          "Let's go, honey." Maria memapah tubuh tegap Zahrin Zihni dengan killing smile. Sebenarnya, dia sudah mempunyai satu rancangan jahat. Dia mahu memerangkap lelaki itu untuk bersama dengannya agar dia mempunyai alasan untuk menikah dengan lelaki itu. Tidak boleh tidak! Selepas itu, sedikit demi sedikit dia akan mengikis harta pusaka lelaki itu. Biarlah mamat tu tinggal sehelai sepinggang pun. Dia tak pernah kisah.

          Sampai sahaja ke bilik, terus tubuh lelaki itu ditolak ke atas katil. Baru sahaja katil mahu dipanjat, telefonnya berdering. Shit! Spoil!!! Dalam keterpaksaan, telefon dicapai juga.

          "Hello!"

          "Maria, this is Alan. Can you come to my house tonight?"

          "Sorry, but I can't. Got problem to be solved." Masalahlah sangat, kerja mengkhianat orang adalah.

          "Please... I just came back from Sweden. I miss you so much. I swear tomorrow we'll go shopping at London. Just the two of us."

          "Really?" Mata Maria sudah bersinar. Ini yang dia suka pasal Alan, salah satu 'teman lelakinya' yang paling dia sukai. Alan ni jenis yang sanggup beri apa saja untuk dia. Tidak seperti Zahrin Zihni. Harapkan special day je bagi present. Tapi antara Alan dan Zahrin Zihni, Zahrin Zihni lebih mewah dan berharta. Oleh kerana itu, dia lebih mengharapkan harta Zahrin Zihni.

          Ekor matanya melihat lelaki yang sedang sayup-sayup memanggilnya dari atas katil. Stay with Zahrin or have fun with Alan? Otaknya menimbang-nimbangkan mana satu yang lebih menguntungkan dia. Hmmm... Alanlah. Alan selalu outstation. Zahrin ni tak kan lari ke mana pun. Banyak lagi peluang untuk dia pikat lelaki itu.

          "Alright. I'll be there in half an hour. See you there, sweetheart." Talian dimatikan. Matanya melirik lagi pada si jejaka yang berada di atas katil sana. Senyum sinis terukir. Bye, bye, baby... We'll have another night, ok... Dan terus langkah diatur ke arah pintu bilik hotel tersebut.

          Dalam menyanyi kecil, Maria mengaduh tatkala badannya dirempuh sebaik sahaja keluar dari bilik hotel itu. Matanya tajam merenung wajah yang merempuhnya tadi.

          "Where are you looking, huh???" Kuat suaranya menengking. Lengan digosok sedikit.

          "Sorry, miss. Saya tak sengaja." Wafia Wahida tunduk beberapa kali tanda maaf. Minah ni pun satu, yang keluar tiba-tiba kenapa?

          "Sudahlah!" Maria mencarut sedikit lalu meninggalkan dia yang terkebil-kebil. Cis, nak cakap orang haiwan 'Bab 1' tu pun agak-agaklah. Ingat dia tak ada perasaan ke? Mr. Kim ni pun satu. Letih dia menunggu hampir sejam dekat lobby bawah tu tadi. Call tak angkat-angkat. Bila dah angkat call, cakap ada di hospital. Katanya, isteri jatuh pengsan tiba-tiba dalam bilik hotel. Pastu pesan minta dia selitkan dokumen di bawah pintu bilik hotel lelaki itu. Amboi, ingat dia kuli ke apa? Memang buat dia naik darah pada mulanya. Bila mood dah stable, terjumpa pula minah singa tadi masa nak cari bilik Mr. Kim. Hadoi... Tiba-tiba rasa hari ni bukan hari nice day dah.

          Bunyi pintu bilik dibuka di belakangnya mengejutkan dia yang sedang tercari-cari bilik bernombor 511 iaitu bilik Mr. Kim. Belum sempat dia mahu berpaling ke belakang untuk melihat gerangan yang membuka pintu itu, pinggangnya dipeluk secara tiba-tiba. Dia terjerit kecil.

          "Hey, apa ni? Kau siapa? Lepaskan akulah!" Tangan yang membelit pinggangnya dipukul-pukul kuat. Namun, malangnya langsung tidak berkesan.

          "Mar, Maria... I want you... Really want you..." Zahrin Zihni sudah meracau-racau. Tika itu, dia sudah tidak boleh berfikir dengan waras. Otaknya hanya mahukan Maria, Maria, dan Maria...

          "Hey, aku cakap lepaskan lepaskan jelah." Kali ini, akhirnya dia dapat melepaskan diri dari tangan sasa itu. Badan dipusingkan ke belakang untuk melihat gerangan orang yang 'mengganas' tadi. Eh, macam kenal. Dan sesaat dia terlopong. Dia bukan ke... Mr. High heels! Lelaki yang beli high heels hari tu.

          "Maria, I really want you..." Zahrin Zihni semakin liar. Tubuh ramping di hadapannya terus diangkat tinggi dan dibawa masuk ke dalam bilik hotel. Dia sudah tidak dapat membezakan bahawa itu sebenarnya bukan Maria. Matanya juga sudah mula layu.

          "Hey, jantan tak guna, lepaskan aku! Arghh!!! Help me!" Berkali-kali belakang badan lelaki itu ditumbuk. Tatkala badannya dihempas ke atas katil, dia sudah mula cuak.

          "I want you, I really want you..." Zahrin Zihni sudah mula menggila. Baju sudah dicampakkan ke atas sofa.

          "Hey, apa yang kau nak buat ni? No....." Wafia Wahida sudah mula mengengsot dan cuba melarikan diri namun cepat sahaja tubuh kecilnya ditangkap.

          "Hey, you cannot run anymore, dear." Dan Zahrin Zihni memulakan langkahnya. Waktu itu, Wafia Wahida melawan lagi dan lama-kelamaan tubuhnya berhenti menolak. Sekarang, dia hanya mampu berserah. Mental dan fizikalnya sudah terlalu lemah. Bertambah pula hari ini dia puasa sunat dan sempat berbuka dengan biskut dan air kosong sahaja semata-mata mahu berjumpa dengan Mr. Kim. Air mata mula menitis. Ya Tuhan, tolonglah aku...



          Puan Zarina mengintai-ngintai di tingkap. Ish, mana pula budak sorang ni? Tak balik-balik. Dah pukul 12.00 tengah malam dah. Tahu dek suaminya, mahu dia yang kena marah. Encik Zahid yang baru keluar dari bilik air setelah mencuci muka berkerut kening. Dicari isterinya di dalam bilik tiada, rupanya dekat ruang tamu sambil menghendap-hendap sesuatu di tingkap.

          "Zar, buat apa tu?" Dicuit bahu isterinya sedikit.

          "Hah? Tak de apalah. Saje duk intai luar tu." Puan Zarina garu kepala. Tingkahnya itu membuatkan suaminya rasa curiga.

          "Ye ke? Eh, anak awak yang sorang tu mana? Tak nampak batang hidung pun. Dah tidur ke?"

          "Err... Dia... Dia kat atas lah kut." Puan Zarina cuba kelentong.

          "Iye? Awak yakin ke? Saya pergi check kang..." Encik Zahid mula memprovok.

          "Jangan! Sebenarnya, Wafia tak balik lagi. Saya dah call tapi tak dapat-dapat." Laju sahaja kata-katanya meluncur. Jangan main-main dengan Encik Zahid yang garang lagi tegas ini. Pantang betul suaminya itu kalau anak mereka pulang lambat iaitu selepas pukul 10.30 malam. Sebab tulah dia takut nak terus-terang tu. Encik Zahid sudah naik berang.

          "Tak balik lagi? Awak call dia lagi sampai dapat. Call kawan dia sekali, tanya." Arahnya. Dia memang akan menjadi terlebih risau kalau apa-apa terjadi pada anaknya. Nak-nak anaknya tu dah lah perempuan, anak tunggal lagi. Harus dia sayang lebih-lebih.

          "Dah. Dah call dah Indah dengan kawan sekerja dia yang lain. Satu pun tak tahu anak kita ke mana. Tapi abang janganlah risau sangat. Pernah kan sekali dia balik lambat macam ni sebab tertidur dekat surau. Telefon pula dah habis bateri masa tu." Puan Zarina cuba menenangkan hati suaminya. Kalau dia sekali risau, suaminya mesti dua kali ganda risau. Maklumlah, anak emas.

          "Hmm... Yelah. Anak awak tu macam-macam. Lagi sejam kalau dia tak balik juga kita pergi cari dia dekat tempat kerja." Encik Zahid membuat keputusan.

          "Ye. Awak tu janagn risau sangat. Nanti darah tinggi pula." Lengan si suami ditepuk perlahan.

          "Mana tak risau. Wafia tu anak kandung kita. Anak orang lain tak lah saya risau sangat."

          "Iyelah."



          Maria mendakap erat tubuh Alan. Tak sia-sia dia pilih Alan tadi. Memang dia rasa sangat seronok. Daripada Zahrin Zihni tu, nak kena paksa baru buat. Hmmm... Rasanya nanti dia nak tambahlah plan sedikit. Lepas kikis harta Zahrin Zihni, dia mahu kembali bersama dengan Alan. Alan yang sanggup memberi apa sahaja untuknya, Alan yang memahaminya, dan Alan yang pandai melayannya.

          "Do you have fun, Mar?" Hari ini sebenarnya genap sebulan perkenalannya dengan Maria. Jadi, dia buat sebuah parti kecil di kondominiumnya.

          "Of course, dear." Pipi itu diusap-usap.

          "Sayang, lepas ni nak buat apa?" Sekarang dah pukul 4.00 pagi. Kalau nak tidur, memang tak lah. Alan dah cakap awal-awal pukul 10.00 pagi nanti mereka ada flight ke London. Kata Alan, Alan dah book awal-awal untuk mereka bercuti. Kalau tidur, memang terlajaklah mereka nanti. Rugi dia, tak boleh shopping dan jalan-jalan.

          "Hmm... Let's talk about me. So, what do you like about me? Pardon, my romantic, my looks, or my properties?" Kening dijungkit. Lengan gadis itu dielus lembut.

          "All. All about you. Espically your dashing." Mata dikenyitkan sebelah.

          "Oh yeah? But I like your... sexiness." Pipi Maria dicium bertalu-talu.

          "Ok, ok. Enough. Lagi? Questions?" Maria tersenyum riang. Indahnya rasa bersama dengan Alan ni, Suka berlawak dengannya.

          "Next, what's the difference between me and the other guys you've ever meet? Means like, what's special about me?"

          "Too much, dear. And verything about you is wonderful."

          "Really?"

          "Really." Maria mengangguk. Alan memang jauh berbeza dari Zahrin Zihni. Nak kena perangkap dulu baru boleh. Nak kena panggil JAIS dulu baru masuk jerat. Huh... Zahrin, Zahrin... Seketika, muka sudah berubah kelat. JAIS? Oh my... Dia lupa nak bagi tahu anak buahnya supaya cancel plan untuk panggil JAIS ke Hilton Hotel. Damn! Macam mana dia boleh lupa hal besar macam ni? Tapi kalau Zahrin Zihni sorang-sorang dalam bilik tu, bukan kena tangkap khalwat pun, kan? Maria mula tersenyum kembali. God... Buat apalah dia peningkan kepala nak fikir pasal hal ni je? Huh...

          "Ok... Next question?" Dan mereka berbual-bual hingga matahari terbit.

          Alan tersenyum sinis di sebalik senyuman menggodanya. Huh... Perempuan, sekali petik dah berderek nak dekat dia. Tapi Maria ni special sikit. Dia ada aset yang berharga yang tidak punya pada orang lain. Tunggulah nanti. Belum tiba masanya untuk dia bertindak. Namun, sekali dia bertindak peluang tidak akan dia sia-siakan sekali pun.

No comments:

Post a Comment