Thursday, October 22, 2015

Like A Red Rose Bab 1





          Wafia Wahida mengikat rambut panjangnya yang lebat. Baju putih yang dipakai dibetulkan sedikit. Penat. Memang penat. Siapa je yang tak penat kalau bekerja sebagai saleswoman. Promote sana, promote sini, Cari saiz yang diminta oleh pelanggan lagi. Pastu kena ke store pula. Dapat stok baru, susun sana susun sini. Haduhhh... Nasib kerja bawah aircond, dibuatnya kerja bawah matahari, boleh mati keras dia. Nak buat macam mana, bekerja sebagai seorang jurujual ni memang bukan kemahuannya pun. Dah belajar rajin-rajin, dapat straight A pun macam tiada guna kerana dia gadis miskin. Bapak kerja driver, mak pula hanya orang gaji. Biasiswa memang ada ditawarkan kepadanya bagi melanjutkan pelajaran ke negara asing tapi dia sendiri yang tak mahu. Jika dia pergi ke sana, siapa pula yang mahu membantu abah cari rezeki? Lima tahun bukan jangka masa yang pendek buatnya. Dia tak nak menyesal kalau tinggalkan abah dan umi di sini. Dilahirkan sebagai anak tunggal membuatkan dia lebih rasa bertanggungjawab dan lagi pula, siapa yang nak tengok-tengokkan abah dan umi kalau bukan dia? Jadi, di sinilah dia sebagai seorang jurujual di AEON mall dan berdiri tegak tepi shoes showcase ni sambil senyum kepada orang yang lalu-lalang. Kena paksa diri berfikiran poitif, kalau tak kerja tak jalan, akhirnya dia yang susah.

          "Miss..."

          "Hello. Miss..." Suara garau seorang lelaki melenyapkan lamunannya. Ya Allah, sampai planet pluto dah dia ni.

          "Yes, sir!!!" Terus Wafia Wahida buat tanda salute di dahi. Lelaki di hadapannya tergelak kecil.

          "I tanya, saiz lapan untuk kasut ni ada tak?" Zahrin Zihni menunjukkan high heels berwarna merah hati di tangannya. Minah ni memang dah sasau benar. Masa kerja pun berangan.

          "Hah? Err... Saya cari dululah." Dan dia terus berdesup ke store belakang selepas high heels di tangan lelaki itu dicapai. Malunyaaaaa... Dia tepuk dahi sendiri. Focus, Fia! Focus!!! Tak lama kemudian, dia datang kembali dengan jenis high heels yang sama berlainan saiz.

          "Encik, yang ni saiz lapan." Sebuah kotak kasut ditangannya diunjukkan ke arah lelaki itu.

          "Oh... Ok. Err... can you wear it?" Zahrin Zihni tersenyum kelat.

          "Huh?" Blur. Dah kenapa, mamat ni nak belikan untuk aku ke? Macam baik sangat jer...

          "Actually, I tak tahu my girl pakai saiz apa. I'm just betting your size are the same as hers." Zahrin Zihni sambil usap dagu. Memang dia tak tahu pun Maria pakai saiz apa. Ini pun kali pertama dia belikan hadiah kepada girlfriendnya itu sempena annual anniversary mereka. Dalam banyak-banyak girlfriends yang dia ada selama ni, dia rasa Maria paling memahaminya dan paling lama bertahan dengannya. Sebelum ni, ramai yang hanya bertahan selama beberapa bulan dengannya. Tapi dia bukan jenis lelaki kasanova pun, cuma kaki pub. Entahlah. Dia pun tak tahu macam mana dia boleh tersangkut dengan pub ni. Mungkin Maria yang mula mengajarnya berjinak-jinak dengan tempat itu.

          "Ohh... Cakaplah." Wafia Wahida geleng kepala. Ish, kang dia dah perah santan. Macam gila sangat je orang nak belikan dia high heels macam tu. Dah lah almost RM 500.00. Kalau dia dapat beli pun, mahu dilelongnya. Duit sebanyak itu boleh dia guna untuk perkara berfaedah lagi.

          Tengokkan mamat depan dia ni, memang perfect dari segi luaran. Handsome, berkarisma, dan sudah tentu kaya. Kalau tak, mana nak cakau duit banyak tu untuk beli high heels jerrr... Dalam berdialog sendiri, dia sarung juga high heels berwarna merah yang dibawa keluar daripada kotak kasut itu tadi. Matanya melilau sekeliling. Harap-haraplah Ms. Amy the manager tak datang rounding. Masak dia nanti... Tak pasal-pasal kena ambil tindakan sebab tak ikut etika bekerja. High heels ni pun satu... Punyalah susah nak berdiri atas dia.

          "So, does it suit you well?" Zahrin Zihni bertanya sambil lengan gadis itu dipaut. Macam nak jatuh je perempuan ni. Tak reti pakai heels ke?

          "Sure. Selesa lagi." Selesalah sangat, seksa adalah. Lengan yang dipegang oleh lelaki itu ditarik perlahan. Ish, ambil kesempatan betul.

          "Try jalan." Wafia Wahida sudah mula naik bengang edikit apabila mendengar suara itu membeli arahan. Ek eleh dia ni. Aku ni saleswoman, bukan model. Dalam merungut, kakinya perlahan-lahan berjalan dengan kekoknya dan entah di mana silapnya, mungkin banyak sangat menyumpah lelaki itu, dia terpijak kotak kasut high heels tersebut dan ..........

          "Hey babe, watch out!"

          Terasa bagaikan di awangan, dia hanya mampu pejam mata dan mengharapkan seorang putera menyelamatkannya. Kan best kalau dia Cenderella...

          Bummm!!!

          "Auchhh!" Mendengar suara orang mengaduh, Wafia Wahida terus tersentak. Pinggangnya terasa sedang dipeluk oleh seseorang. Dia buka mata. Oh my... She is on him. Melihat wajah di hadapannya sedang berkerut seperti menahan sakit, cepat-cepat dia bangkit dari berada di atas tubuh itu.

          "Oh my god. Sorry... I'm really sorry." Hujung jari-jemari mula digigit-gigit.

          "Lend me a hand." Zahrin Zihni hulur tangan. Gigit jari buat apa, tolonglah dia ni!

          Wafia Wahida terus tunduk dan tubuh tegap lelaki itu cuba distabilkan. Tatkala melihat lelaki itu menepuk-nepuk belakangnya, dia hanya mampu tunduk.

          "Sorry, sir. Truly sorry." Dia tunduk beberapa kali macam orang Jepun.

          "Nevermind, girl. Tak cedera parah pun." Zahrin Zihni senyum sedikit. Mahu menghilangkan rasa bersalah gadis itu.

          "By the way, high heels ni jadi tak?" Nak ubah topik punya pasal, belasah jelah.

          "Of course jadi. Pack two of it. One red, one more... you suka colour apa?"

          "Black?" Dia jawab dengan penuh jujur.
          "Ok... One red, one more black."

          "Sure." Wafia Wahida mula kerut kening sambil melangkah ke store penyimpanan kasut. Pelik mamat ni... Macam aku pula girlfriend dia. Whatever... Usai dia kembali, lelaki itu sedang leka menelek iPhone6s-nya.

          "Here we go. Boleh pergi ke kaunter untuk pembayaran." Dua kotak kasut pula dihulur bersama resit yang dilekatkan di atas kotak kasut tersebut.

          "Thanks, ya." Dua buah kotak kasut yang beralih ke tangannya diangkat sedikit. Dan sempat dia mengerling nametag yang ada pada baju gadis itu sebelum mula berpaling untuk melangkah.

          "And thanks for being my model too." Mata dikenyitkan sebelah. Wafia Wahida sudah jadi patung cendana. Dia sudah meltingggggggg di situ.



          "Fia!" Terdengar namanya dipanggil, dia berpusing. Gerangan yang memanggilnya dipandang. Indah rupanya, memang Indah nian.

          "What's up?" Dia buat simbol "apa benda?".

          "Kau ada skandal ehh? Asal tak cakap aku?" Indah buat jari "ayo tatayo".

          "Skandal apa kebendanya? Aku tak pernah bercinta pun seumur hidup aku, ok. No time." Wafia Wahida geleng kepala.

          "Ni apa?" Indah mengangkat plastik yang berada di tangannya.

          "Apa tu?" Kebingungan sudah melanda dirinya.

          "Buat tak tahu pulak dia. Tadi, ada hot guy suruh bagi kasut ni kat kau. Handsome giler pulak tu. His voice was like killing me. Awww!" Indah buat-buat gedik.

          "Hot guy? Bagi kasut? Biar betul. Kau silap orang kut." Wafia Wahida cuba menafikan, tapi otaknya dah membayangkan lelaki tadi, takkan lah...

          "Silap orang apanya. Kau sorang aje rasanya saleswoman nama Wafia yang bekerja dekat AEON ni. Dan mamat tu pun suruh bagi dekat saleswoman nama Wafia, bekerja bahagian kasut. Kau lah tu." Indah sudah mula geram. Orang bagi tu, terima sajalah.

          "Tengok kejap kasut tu." Wafia Wahida sudah mula rasa curiga. Plastik yang dipegang rakannya diambil dan isi dibuka. Macam betul je apa yang dia anggarkan.

          "Oh my ..." Dia terlopong sebentar. High heels berwarna hitam saiz lapan pada tangannya dipegang erat.

          "Indah, indahnya dunia aku! He gave it to me." Dia menggelupur sedikit.

          "Dah dah dah... Tak yah nak excited sangat. Mengaku pun ada skandal." Indah tayang muka 'annoyed'.

          "Scandal pebenda kau ni. Dia customer aku je tadi. Tuhan murahkan hati dia kut, bagi hadiah segala kat aku. Nak buat macam mana? Tak kan aku nak tolak." Hatinya sudah kembang setaman.

          "Whateverlah, kau. Aku dah nak balik."

          "Tapi kan, macam mana dia tahu nama aku?" Wafia Wahida monolog sorang-sorang.

          "Hello! Yang melekat dekat baju kau tu apa?" Wafia Wahida memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Indah. Dia tersenyum. Ohh, patutlah.

          "A'ah lah. Dah la Indah. Jom balik sama-sama." Terus lengan Indah dirangkul dan mereka sama-sama keluar dari pusat membeli-belah itu.

          "Falling in love lah tu."

          "Mana ada." Lengan Indah ditepuk. Dan entah kenapa, dia rasa dia tak nak lelong kasut ni. Tak akan.



          "Hey, handsome." Pipi lelaki itu dicium Maria.

          "Hey, gorgeous. You're late." Zahrin Zihni buat-buat muka marah.

          "Sorry, dear." Maria tayang muka menggoda dan sekejap sahaja, teman lelakinya sudah tersenyum.

          "You nak minum apa?"

          "Of course, wine. Tonight is our night, kan?" Punggung dilabuhkan di atas riba Zahrin Zihni.

          "Ya. Order anything that you want." Belakang gadis itu dielus. Mengenali Maria, membuatkan hidupnya lebih lengkap. Dia teringat kembali sewaktu perkenalannya dengan Maria. Maria ialah salah satu pekerja yang telah dinaikkan pangkat di GA Shares, syarikat papanya. Dia yang memang sudah dua tahun di GA Shares tak cam pula Maria sebelum gadis itu dinaikkan pangkat. Oleh kerana terlalu banyak masa yang diluangkan bersama Maria untuk berbincang tentang hal ehwal syarikat, dia jatuh suka pula pada gadis itu. Maria sama sahaja macam gadis lain, jenis shopaholic, tapi mungkin caranya lebih lembut dari gadis lain sampai dia tersangkut. Dia senyum sendiri. Tapi satu sahaja yang dia tidak suka tentang Maria. Maria sering menggodanya sehingga ke katil, tapi prinsip dia tetap sama. No ladies on bed. Melainkan yang halal. Tapi nak tunggu dia kahwin, memang dia akan cari alasan. Kadang-kadang tu, hampir juga dia tersasar ketika mabuk bersama Maria, tapi prinsip itu akan dia pegang sampai bila-bila. Dia bukannya jenis lelaki tak guna.

          "Sayang, you tak beli apa-apa ke untuk I sempena anniversary kita?" Suara dikuatkan sedikit tatkala suasana bingit itu bertambah bingit. Pub, bila je tak bising.

          "Oh ya. I almost forgot. Here, for you." Sebuah plastik disisinya tadi diletakkan di atas meja. Maria membelek plastik itu dan dia terjerit kecil.

          "It's so beautiful. Thanks, Zahrin. I love you so much." Maria memeluk erat tubuh lelaki itu. I love youlah sangat. Sorry, ya. I love your money more. Dia mencebik sedikit. Zahrin ni bukannya tak cukup pakej. Cuma dia memang memandang lelaki pada sudut harta. Untung juga dia naik pangkat, dapat goda lelaki ni. Kalau dah jadi laki dia nanti, dapat terus GA Shares tu. Dia tergelak jahat dalam hati.

          "You muat tak? I beli saiz lapan."

          "No worries. I memang pakai saiz lapan pun."

          "Really? It's good, then." Zahrin Zihni tersenyum. Teringat pula dengan saleswoman tadi. Comel saje.

          "Baby, wanna dance?" Maria sudah bangkit. Tangan lelaki itu digapai.

          "Sure." Dan mereka dibuai keseronokan dunia bersama wine di tangan.

No comments:

Post a Comment